Step 1
Sentiasa bersangka baik. Okay semua benda sama ada kita reda atau tidak tetap kena bersangka baik especially dengan perkara yang berlaku sekeliling kita. Benda ni luas, tak kisah lah apa pun tetap kena bersangka baik ! haiwan ke, manusia ke, angin ke, hujan ke sebab semua yang jadi adalah ketentuan Tuhan. Thats why even worst macam mana pun hari kita, sentiasa bersangka baik dengan Tuhan, mungkin Dia nak bagi kita yang lebih baik.
Step 2
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semua tau kan peribahasa ni even I pun baru nak guna peribahasa ni sekian lama tak pakai 😑 Okay ayat ni bermakna, walau macam mana banyak pun negativiti yang kita terima, mohon buang jauh jauh. just ignore ! At last, kita sendiri akan rasa tenang tanpa benda-benda negatif ni. For me, if I berhadapan dengan benda negatif, I takkan pikir benda tu. Memang ignore terus sampai kita dah tak fikir pasal benda tu. And it works. Just try ok
Don't let anyone dull your sparkle 🌟 Okay kalau kita berhadapan dengan orang yang negatif, yang nak jatuhkan kita, mesti ada rasa down sikit kan (Sikit je gais jangan lebih-lebih nanti cepat give up) Just jangan dilayan orang macam ni. Sepanjang dia nak jatuhkan kita tu sedar tak yang sebenarnya kita lagi better dari dia. Biasa lah kan jealous so gais just ignore ignore ignore ! Kita fokus kehadapan okay jangan tengok pun muka orang ni. Tapi ingat, dalam hati kita jangan doa yang buruk-buruk untuk orang lain. Kita doakan dia berubah, okies ?
Step 4
Buang rasa busuk hati. Bab ni pun penting ye gais, kalau hati busuk mana mau nyee nak jadi positif ye dok ? Busuk hati sebab apa, jealous ? dengki ? You know what, orang yang hati dia busuk ni, they had a sick soul. How to get rid of it ? As a muslim, at first ISTIGHFAR. Kita kena sedar, apa kita dapat kalau dengki dengan orang lain? Apa kita dapat kalau mendoakan yang buruk buruk untuk orang lain ? Adakah kita akan dapat lagi baik dengan orang yg kita dengki ? Never. Okayla kalau tengok darama-drama, kadang kadang orang yang busuk hati ni menangkan ? Macam mana dia dekat sisi Allah ? macam mana Allah nak reda dengan apa yang kita buat even banyak mana pun kebaikkan yang kita dah buat ? Memang kita dapat macam macam, rezeki yang melimpah ruah, job yang banyak. Tapi kita sedar tak semua tu ISTIDRAJ. Memang semua yang kita buat adalah dari izin Allah, tapi tak semua Allah reda :') So kalau ada rasa macam tu, cepat cepat istighfar and bersyukur dengan apa yang kita ada dan tidak iri hati dengan orang lain 😉
Bersyukur. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk.Macam mana nak tahu kita bersyukur atau tak, kita takkan mengeluh dan mempertikaikan dengan apa yang kita dapat. Kita nampak orang lain lebih dari kita lepastu kita dapat biasa biasa je tapi kita kena ingat bahawa ada orang yang lagiiiii biasa biasa dari apa yang kita ada. Apa kelebihannya kalau kita bersyukur ? Inn shaa Allah, Allah kurniakan lebih lagi rezeki untuk kita kalau kita bersyukur :) . Mungkin dia dapat gaji besar, tapi gaji kita kecik je. Tapi kita ada terfikir tak, ada yang masih belum dapat kerja. Itu semua rezeki. Orang angkuh sahaja yang akan mempertikaikan segala rezeki yang Allah bagi untuk dia. So jangan lupa ucap ALHAMDULILLAH setiap kali kita dapat sesuatu rezeki tak kira apa jua bentuk 🥰
Actually banyak lagi tau cara-cara nak jadi positif tapi ini yang I sempat share dengan korang semua. Ingat ya,sentiasa positif dengan semua benda di sekeliling kita. Sekian sahaja dari I memandangkan dah lewat malam and besok kerjaaaaa. Okay Assalammualaikum and goodnight !

No comments:
Post a Comment